Jan 28, 2014

Soalan Lazim (FAQ)



SOALAN LAZIM (FAQ)

S1: Apa sebenarnya produk AJ?

J: Produk AJ adalah produk yang membolehkan seseorang menjana serta menikmati pendapatan tambahan yang besar dan berterusan.
S2: Apa perbezaan lesen Affiliate dengan lesen agensi/dealer?

J: Lesen Affiliate – Lesen yang membolehkan seseorang mendapatkan pendapatan tambahan yang sangat besar dan berterusan melalui perbelanjaan pelanggan-pelanggan Mykad di semua rangkaian kedai-kedai yang terlibat ( sila rujuk : www.mykad.aj.my/participatingmerchants ).

Lesen Agensi/Dealer – Lesen yang membolehkan seseorang mendapat pendapatan yang lebih besar dan berterusan dalam jangka masa pendek (penjualan lesen Affiliate, Agensi atau Dealer) dan jangka masa panjang melalui perbelanjaan pelanggan-pelanggan Mykad.
S3: Bagaimana Affiliate boleh menjana pendapatan BESAR?

J: Memang boleh menjana pendapatan tambahan yang besar dan dijamin berterusan hasil daripada perbelanjaan pemegang Mykad yang telah mereka daftarkan dan mengaktifkan Mykad tersebut. Namun perkara ini tidak akan berlaku dalam masa sebulan dua. Berikan masa untuk projek ini sekurang-kurangnya 6 bulan dan anda pasti teruja. Namun untuk menjana pendapatan yang lebih besar dan pantas pada peringkat awal penyertaan, bermulalah dengan lesen agensi atau dealer.

S4: Kenapa belum banyak lagi kedai-kedai yang terlibat?

J: Pada masa sekarang, jika banyak kedai yang terlibat, adakah kedai itu akan mendapat jualan yang tinggi seperti yang diwar-warkan atau yang diharapkan oleh para peniaga? Apa akan berlaku jika jualan yang diharapkan tidak dapat diperolehi pada peringkat awal?

Mengikut strategi pemasaran AJ, projek AJ masih lagi dalam Fasa Pertama. Bermakna syarikat memerlukan ramai agensi/dealer seluruh Malaysia untuk mengembangkan projek ini. Daripada agensi/dealer, barulah lesen Affiliate akan dijual dan seterusnya pelanggan ( pemegang Mykad) akan lebih ramai dapat didaftarkan. Pada masa yang sama kedai pun akan bertambah dan secara tak langsung, peningkatan jualan di kedai-kedai yang terlibat akan ketara hasil daripada perbelanjaan pelanggan Mykad yang berlaku dengan banyak. Maka barulah projek AJ akan berjalan dengan lancar dan berjaya.
S5: Kenapa Hypermarket seperti TESCO, Mydin, Giant, Carrefour tidak terlibat?

J: Jika projek AJ telah mempunyai 5000 Affiliate dan 1 juta  pelanggan Mykad, agak-agaknya siapa yang akan cari siapa? Pastinya semua hypermarket tersebut akan mencari kita. Kerana apa, kerana AJ pasti akan mempunyai lebih 1 juta  ahli yang bersedia berbelanja di hypermarket mereka.


Sebenarnya, semua perniagaan di luar sana tak kira sama ada besar atau kecil sangat-sangat memerlukan Promosi dan Iklan. Sekiranya ada peluang Pengiklanan dan Promosi yang paling murah dan sangat berkesan (pemeggang Mykad), siapa yang tidak mahu mengambil peluang untuk menyertai projek AJ?
Cuma masa sahaja yang akan menentukan dalam waktu terdekat ini. Tunggu…


S6: Projek AJ ni sama macam MLM jer, ada networking dan cari-cari orang?
J: Apa yang anda faham tentang MLM dan Networking? Semua perniagaan dalam dunia memerlukan pelanggan iaitu orang, sama ada pelanggan mencari perniagaan atau perniagaan mencari pelanggan. Adakah pelanggan akan menolak jika mereka akan mendapat diskaun dan mata ganjaran hasil perbelanjaan seharian meraka? Adakah permis perniagaan akan menolak jika kos pengiklanan dan promosi boleh dikurangkan sehingga 80% dan dalam masa yang sama hasil jualan pula meningkat berkali ganda? Adakah anda akan menolak jika berpeluang menjana pendapatan tambahan hasil perbelanjaan pelanggan (pemegang Mykad yang aktif) 24 jam tanpa anda sedari atau ketika anda sedang tidur?

Itulah kehebatan sistem yang ditawarkan oleh AJ kepada anda. Tidak menghairankan jika pada suatu ketika nanti bukan kita yang cari orang tetapi orang yang akan mencari kita sama ada untuk menjadi pelanggan, kedai/Merchants, affiliate atau pun agensi/dealer.

S7: Projek AJ ni projek pelaburan ke? Sebab agensi/dealer mendapat 4% & 6% setiap bulan melalui Skim Pengurangan Risiko Perniagaan (SPRP)?

J: SPRP hanyalah insentif dari syarikat untuk mengurangkan beban agensi/dealer dan pada masa yang sama membantu agensi/dealer mengembangkan projek AJ keseluruh Malaysia dengan sepenuh hati. Fokus 100% pada projek ini. Namun, SPRP ini hanya untuk mereka yang TERAWAL sahaja.

Syarikat akan membayar kepada pemegang lesen AD sehingga RM7500 dan pemegang lesen AA sehingga RM50,000. Ini bermakna setiap agensi/dealer yang membeli lesen AD atau AA akan mendapat kembali modal perniagaan dan sedikit keuntungan yang dilaburkan dalam projek AJ. Tiada pihak yang akan rugi.

Namun AJ bukannya tempat untuk mendapatkan pulangan pelaburan tanpa membuat apa-apa (Duduk Diam Dapat Duit), tetapi satu platform yang membolehkan individu menjana pendapatan sampingan yang mudah di samping mendapat keuntungan yang besar dan akan terus bertambah besar serta berterusan. Walaubagaimanapun, ia tetap bergantung kepada kesungguhan, kerja keras dan usaha yang anda lakukan.
S8: Projek AJ ni ada dapat kelulusan dan kebenaran dari Bank Negara ke?

J: Kenapa perlu dapat kebenaran dari Bank Negara? Projek AJ bukan skim pelaburan yang memerlukan kebenaran dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) di bawah Bank Negara. Projek AJ hanya menjalankan industri Affiliate Marketing iaitu satu industri baru di Malaysia. Projek affiliate seperti ini memberikan keuntungan  kepada semua pihak yang terlibat dengan berbelanja menggunakan Mykad (Offline) dan Online. Dingatkan sekali lagi bahawa projek ini bukan projek pelaburan, maka ia adalah di luar bidang kuasa SC mahupun Bank Negara.

Syarikat yang mengurukan projek ini juga iaitu I Synergy Universal mensyaratkan bahawa setiap Affiliate atau agensi/dealer yang ingin menjalankan projek ini, mestilah berdaftar atas nama syarikat (Enterprise atau Sdn Bhd) kerana kerjasama antara dua syarikat ini.

S9: Boleh bertahan lama ke projek macam ni?

J: Apa pandangan anda? Cuba lihat di sekeliling kita, berapa banyak syarikat yang besar dan kukuh pun boleh bangkrap atau muflis. Pengurusan bertukar berulang kali. Mengapa ini boleh berlaku?


Untuk pengetahuan anda, projek tercipta  setelah membuat testimoni dengan syarikat-syarikat ternama di seantero dunia amnya. Banyak syarikat besar dan ternama seperti Tune Talk, Cathay Cineplex, My Hotel Langkawi, Thomas & Guys, Clara International juga kementerian serta agensi kerajaan, persatuan, NGO, koperasi-koperasi dan juga VVIP terkemuka telahpun turut serta dalam projek AJ ini. Adakah mereka tidak menimbangkan segala kemungkinan itu? Ya. Mereka pasti begitu. Namun syarikat-syarikat tersebut tetap dan telah menyertai Projek AJ ini. Kerana mereka nampak akan kehebatan AJ ini dan mereka percaya AJ mempunyai masa depan yang sangat cerah dan cemerlang.


S10: Adakah selamat Mykad digunakan dalam projek AJ?

J: Adakah anda pernah menggunkan Mykad sebelum ini, sama ada untuk urusan perbankan, urusan kerajaan atau sebagainya? Sejauh mana pula anda begitu prihatin tentang keselamatan Mykad anda?


Kerajaan Malaysia telah melabur berjuta-juta ringgit dalam usaha untuk menghasilkan Mykad/Kad Pintar supaya kita boleh gunakan sepenuhnya. Sekiranya ia tidak selamat untuk digunakan, sanggupkah kerajaan melabur sebegitu banyak wang semata-mata untuk menghasilkan kad pintar yang tak pintar?


MDeC telah mengumumkan bahawa Mykad boleh digunakan untuk 50 jenis aplikasi dan sentiasa menggalakkan setiap rakyat Malaysia menggunakan aplikasi tersebut sepenuhnya. Sekiranya Mykad tidak selamat, siapa sepatutnya yang lebih risau, kita atau Ceo MDeC atau Pengarah JPN ( Bahagian Kad Pintar)?


Bagi Projek AJ ini, sistem yang dipasang di kedai yang terlibat, bukannya membaca baca maklumat yang ada dalam chip Mykad anda, tetapi sekadar ingin mengesan nombor Mykad yang telah didaftar dan diaktifkan. Jika takut untuk menyerahkan Mykad anda, cukup sekadar memberitahu nombor Mykad. Selepas itu anda akan menikmati diskaun dan mengumpul mata ganjaran atau point. Mudah, Selamat dan Cepat.

Untuk mengaktifkan Mykad orang ramai juga sama seperti itu. Hanya minta nombor Mykad, nama penuh, alamat , nombor telefon dan email. Anda sebagai pelanggan sudah boleh menikmati ganjaran yang disediakan dalam projek AJ ini.
Senang dan Menarik! Begitulah hebatnya ICT.

S11: Betul ke projek AJ ini boleh Di Wariskan?

J: YA! Sudah tentu. Projek ini oleh diwariskan kepada orang yanag paling rapat dan ada hubungan pertalian saudara. Hanya tuliskan surat kepada I Synergy Universal tentang sebab-sebab pertukaran pemilik. Turunkan tanda tangan tanda setuju. Jika pemilik telah meninggal dunia, lampirkan sahaja Sijil Kematian pemilik beserta surat pertukaran pemilik dan penama baru.

Pertukaran waris/pemilik berdasarkan posisi “TITLE” pemilik asal. Pemilik baru hanya perlu menyambung dan meneruskan di mana pemilik pertama telah berhenti.




1 comment:

  1. Assalam . saya nak lepaskan lesen AFFILIATE JUNCTION kesayangan saya . lesen AA . saya nak lepaskan sebab nak pakai cash dan tidak dapat persetujuan dan restu dr ibu bapa keluarga saya . harga market 23k tp saya lepaskan 15k . incubator pun still full . boleh hubungi di 010 4210365.

    ReplyDelete